}~|icon_clock_alt~|elegant-themes~|outline

Isnin - Ahad : 9am - 10pm

Servis Sewa Kereta Terbaik di Klang

Kenderaan yang tidak bersih mengundang kehadiran anasir luar seperti lipas dan semut. Pastinya kita tidak selesa dengan kehadiran “Cik Lie” ini sewaktu sedang memandu mahupun sebagai penumpang.

Antara punca utama kehadiran “mereka” adalah sikap kita yang tidak menjaga kebersihan seperti makan di dalam kereta (yang sisa tumpah makanan tidak dibersihkan) dan juga tidak mencuci kereta apabila keadaan kereta sudah menjadi kotor.

Kebanyakkan lipas akan bertelur di ruang tayar simpanan. Di situ jika anda buka papan lapis itu akan jumpa sarang bertelur. Sembur dengan racun lipas seperti bygon, vape ridsect sangat berkesan untuk membunuh lipas dan mampu tahan sehingga tempoh yang lama.

Bagi kami sebagai pengusaha kereta sewa juga tidak terlepas dengan masalah lipas ini. Kami mempunyai SOP di mana sebulan kami akan sembur racun lipas dalam 3 kali. Bagi memastikan lipas ini tidak membiak dengan cepat. Kaedah fogging juga berkesan untuk membunuh lipas tapi kos agak tinggi.

Kaedah tradisional pula lebih jimat dan bahan senang dapat iaitu menggunakan daun pandan sahaja. Cuma 3 atau 4 helai di perlukan dan ikat. Letak di bawah kerusi kereta anda, di samping menghalau lipas , daun pandan juga boleh di jadikan sebagai pewangi kereta. Orang dulu-dulu seperti ibu bapa kita suka sangat bau daun pandan dalam kereta. Cuba cek kereta ibu bapa anda pasti akan jumpa daun pandan.

Artikel ini sedang dikemaskini